Isnin, 22 Julai 2013

: : CEPAT LA SIAPKAN! : :

assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

pagi yang syahdu, langit mendung bak memahami beberapa wilayah di mesia yang dilanda jerebu lagi(hek elehh! nak berpuitis pulak!). 


sosek sosek, BJ baru tahu kena hanta buku KI kat fakulti, wadefelfellll. memang macam tak la kan nak balik kampus semata mata nak hanta mende tu je. nanti la bila lelapang sikit. haritu masa orang tengah takde mende sampai dok termenung menung menelaah untuk final takde pulak kecah kecah mende ni, hnnff. seingat BJ la kena hanta waktu sem last yg nak grad nanti. ahh, nenanti le BJ pikir. tapiiiii, apa pasal pulak BJ nengok bebudak ramai yg macem tak berapa peduli, haizz. tensi! (BJ mohon pencerahan pd mahasiswa yuaitiem yg baca entry bantu BJ pahamkan pasal buku KI ni )

BJ pun ado kerje lain nak buat kat rumah. maklum le surarumah cencononnnn. nak apply part time kang nanti susah pulak nak mintak cuti raya. 

yang ni pulak aktiviti sesambil nengok tv 



ni namanya menulang belut baju kurung. ini jenis tulang belut mata lalat. pahtu kalau buat kerje ni mesti pakej sekali dengan menyembat tangan dan badan baju ye, kaedahnyeee. kena cepat buat ye BJ, sebab baju kau yang lain, mak, adik, nenek punye tu tak sentuh lagi keyhh,,, 


tahun tahun lepas, BJ kan tak dapat balik raya awal macam tahun ni. tu yang takmerasa buat bebende ni, sebab balik balik je mak BJ dah siapkan. 


pahtu pulak, tengah jakuwn nak explore ubuntu, katanyeeee, terus i pun buntu lahhh. tetibe weh, memang tetibeee je jadi, banyak pulak huruf kat keyboard laptop pulak tak fungsi. sakit pulak hati kite ni. macam mana nak menaip kan? entry yang ni post dari pc. laptop gua dah parah dah ni, tipis fulus asyik maintenance beliau, huwarghhhh! penat fikir tau tak. 

semoga kita semua diberi ketabahan dan kesabaran menempuh dugaan, amin.


p/s: selamat menjalani latihan ketenteraan buat kenalan kenalan dari yupienem, mengikut unit masing masing terutamanya di Kolej Tentera Darat & Kolej Tentera Udara. engkorang kan dah nak balik raya lagi 2 minggu. chillex! watlek watpis! (=

Jumaat, 19 Julai 2013

:: INSTALLATION OPEN SOURCE APPLICATION ::

asslamualaikum. salam ramadhan.

CEHH!header cam ajet ajet bagus je. oukeyhh,BJ nak bagitau sikit tutorial macam mana, dari mana nak dapat software converter ke, photo editor ke, player untuk ubuntu ni. BJ pakai ubuntu version 12.10. yg latest ubuntu 13.04 [klik sini kalau nak usha]. macam cenconon chuolls nak up dari pakai windows 7 ke windows 8 la contoh gayanye. update dari versi lama ke versi yang paling baru. just click! pahtu dia pun update la. ambik masa sikit la. yang penting ubuntu free~~ he he.

memula pergi dekat launcher (menu) tepi tu, klik dekat ubuntu sotfware centre.





pahtu taip kat search, korang nak pilih application apa ke, games ke
 


automatik akan keluar list pasal apa apa yang kita nak install
klik aje install~ jangan lupa masukkan password unbuntu. setiap kali kita melakukan sebarang perubahan atau aktiviti install meng install, dialog authenticate password mesti muncul. kira macam make sure hanya admin yang buat perubahan

 

pahtu nanti akan muncul sendiri dekat skrin kalau dah habis installation, tadaaaaaa

Rabu, 17 Julai 2013

: : YANG MANA SATU : :

Assalamualaikum. Salam ramadhan. alhamdulillah, hari yang ke-8.

kebanyakan orang termasuk le BJ mesti rasa terbeban dan resah gelisah apabilaaaa laptop crash. arghhhhh gerammmmnyeeee, sakit pulak hati kita, betul tak? ah, mesti punya. ahe he he.nak menyumpah je rasa, padahal diri sendiri yang takgheti pasal nak maintenance laptop sendiri sebenarnye.

pengguna Windows lah yang kebiasaan dan kerap kali mengalami laptop crash. sebab musabab utama adalah diserang virus. bagi yang noob macam BJ ni, terhegeh hegeh lah nak cari sapa yg boleh install kan balik Windows ni.

malas asyik nak format laptop je, BJ pun guna la yang open source operating system software, hek hek. merajuk la dengan windows. BJ pun install le UBUNTU. ia adalah percuma. boleh download terus dari laman web ubuntu. don't worry. selain grafik nye yang lebih bagus daripada windows, ia dikatakan bebas daripada virus. bukan la kebal, tapi susah diserang virus.[klik sini untuk sumber].

tetapi pengguna open source ni kena la rajin belajar sendiri nak guna ubuntu ni. sumber boleh didapati dari forum ubuntu atau mana mana sumber yang sahih le (kengkawan yang dah expert guna ke). lagi banyak mendalami selok belok sistem ni, lagi tahu la trick dan mahir tentang memnggunakan sistem ini.

jadi bagi BJ yang memang noob lagi new beginner, selalu kena rajin explore la. tak rugi. kita ada pengalaman guna operating system yang berbeza beza(orang orang pakar komputer sebut OS aje). takkan asyik nak guna windows je. tak berkembang langsung (amboi, kemain BJ ni, ajet ajet bagus pulek, hnff hnff). tak bosan ke? he ho.

UNTUK NOOBIES SAHAJA. yang dah expert diam diam okeyhh.

meh jengah sikit interface dekstop ubuntu BJ




kalau windows new tab dia ada kat bawah, kecik kecik kan? kalau ubuntu dia jadi cam kat gambo bawah ni, workspace switcher namanya. kalau sapa pernah pakai OS MAC lebih kurang camni kot.



tengok BJ update blog guna ubuntu,tadaaaaaa( ceh! macam dia sorang je yang guna, NOOB!)











Selasa, 16 Julai 2013

: : KEKOK : :

Assalamualaikum.

lama betei tak bukak blog. malas. kalau la blog ni ada banyak orang baca, baru boleh jana duit. cemana nak jana duit kan kalau dah malas nak buat entry yang tajuk terrific gila. ha ha. kalau camtu baru boleh buat carian traffic blog ni up mendadak. so,BJ nak mengomel je pasai BJ kat sini, hew fewwwh. tak reti nak bodek membodek promot produk (katanyaaaa, tapi memang betul takreti pun).

sejak BJ tamat diploma oktober 2012, ni la entry pertama lepas tamat semester pertama ijazah, alhamdulillah. final exam? pergh! entoh le. doa yg baikbaik & tawakal aje. hmpph, jujurnya, teknik belajar diploma ke ijazah sangat taksama. seriussss~ ye la, BJ kan belajo memain je masa diploma. teknik belajar pun cincai boncai je. janji dapat target, okey la, hahah. degree ni nak tukar teknik belajar yg lebih super duper sistematik memang kekok ahh. dgn cuti peralihan dari diploma ke ijazah yang lama (tetibe, ada kena mengena ke dgn teknik belajar? heho). sempat kerja lagi time tu. jujur itu adalah pengalaman pertama BJ bekerja. masa lepas yespiem dulu takpernah kerja, heheww. jadi terasa jakuwnn banyak la dapat pengalaman kali pertama, katanyaa.
rakan sekelas ijazah ada ada yang dari kelas yg sama masa diploma dulu, dari kelas bukan sama pun ado, dan dari kampus-kampus cawangan yuaitiem yg lain.

macam biasa la, menjalani kehidupan sehari hari sebagai penuntut di yuaitiem shah alam, tempat idaman penuntut dari kampus kampus cawangan, katanyaaaaa, hahaktui. kalau dapat duduk kolej, jimat la. kalau duduk luar, pepandai la menyimpan. lelagi bab transpot. ada yang puas hati, ada yang tak puas hati. jadi yang duduk luar tu sebaiknye kena ada kenderaan kot. kalau nak naik kenderaan awam, ni pun jimat jugak. takyah le keluar duit minyak. pengurusan masa penting.(cehh! aku cakap macam urus masa sendiri betul sangat je)


antara perkara terrific berlaku semester ini: 1) peristiwa lahad datu 2)pilihan raya umum ke-13 (fehh, epik gila) 3)isti'adat konvokesyen ke-78 yuaitem (alhamdulillah,konvo jugek kat shah alam, hmff hmfff) 4)jerebu (ni dah jadi biasa, rasanya selang setahun dua tahun mesti jadi punya). 
kebetulan cuti sem ni dapat puasa dan raya sekali. gila takseronok? ofkos la seronok! dulu jeles tengok bebudak degree cuti sem sekali dgn hari raya. yang kitorang pulak terhegeh hegeh berebut beli tiket bas nak balik raya. raya oh raya!okey stop cerita pasal raya. sekarang kita puasa dulu. masih awal lagi nak cerita pasal raya. 

selamat menjalani ibadah berpuasa! kboiii! assalamualaikum.