Jumaat, 26 Oktober 2012

: : cin>> cout<< ; JOptionPane.ShowInputDialog System.out.printline : :

Assalamualaikum, salam sejahtera.

BJ dah lama tak bukak menaip blog. macam la busy sangat je? mengalahkan apa entah. lagi pun bukan ada orang baca pun kann, hahihuhehew. padahal bukan buat apa pon. harihari still lagi on9 fb, tuiter semua tu. huwaaa, apa nihh. nak taip tapi asyik backspace taip, backspace taip then backspace then taip balik. tadi kemain banyak lagi dalam kepala otak nak luah. huhh!

okeyyy okeyy,
insyaAllah bakal menamatkan pengajian Diploma Sains Komputer, UiTM diHatiku ni. sambung degree coming soon, insyaAllah dekat UiTM jugak. sekarang tengah cuti lagi. kasi BJ enjoy dulu ye.

segala suka duka pertemuan perpisahan semua tersemat dalam hateyy ni tautak. dendam? ada sesikit tapi sekadar untuk memotivasikan diri sahaja. mulamula je panas BJ ni, lelama sejuk jugak. adakala suka dengan sesuatu perkenalan, malah ada jugak menyesal dengan sesuatu perkenalan. 
you know what? demmyuhh! kwajak! << mungkin ini antara sumpah seranah yang disembur, mwehehehe. BJ mengaku BJ tak boleh nak marah orang. kenapa? entah tak tau. sampai adik BJ cakap: kau ni kakak, tak rakus la

hup! entah, hish apa ni asyik entah je dari tadi macam orang tak ada motivasi, lembik, ye? ah! forget it. yang penting BJ boleh hidup dgn adanya empat benda ni: 1) dompet 2)handphone 3)kad matrik 4)kunci bilik untuk menjalani kehidupan sehari hari di kampus.

masa sem 1 sem 2 best la kot, sebab ramai classmate yg masih duduk dalam. masuk je sem 3, dah mula terpisah dengan classmate sebab dorang duduk luar la, ada yang repeat paper la,,, huwhuwhuw.

BJ ni pun satu, kenapa laaaa tak guna blog ni untuk spread apa apa yang BJ belajar dalam kelas tu ek? kata je budak CS. hapedaaah. 

lagi satu menda, rasa macam jejak kasih pulak, bahahah. BJ stalk la jugak kekawan yang terus amek matrik, asasi. untung dorang kan terus dapat buat ijazah. BJ tumpang gembiraaa sangat bila tengok kawankawan yang dari sekolah rendah ke, menengah rendah ke, menengah atas ke yang punya jalan hidup yang baik. ada jugak yang BJ tak sangka sangka, yang BJ usha, BJ puji dari zaman sekolah dulu, dia mampu jadi teladan yang baik untuk kawankawan yang lain. T_T syahduuu je BJ rasa (ah! tetiba pulak).

BJ sedar dan dah nampak kenapa BJ tak dapat apa yang BJ nak. Allah tu Maha Kuasa. Dia tau kita ni cukup layak ke tak untuk sesuatu tu. jadi, terimalah dengan hati terbuka, ada hikmah disebaliknya. BJ duludulu ada la cecita nak masuk NDUM tu,, ngehngehngeh. berangan sungguhhh. sampai buat folder kat pc nama A.T.G.M.O lagi, tautak. A.T.G.M.O singkatan untuk apatuh? singkatan untuk Atikah The Great Military Officer (tau dah, mesti korang akan cakap: hadoii laa, apa apa je laaaaa minah ni =.=") masa menjelang SPM, BJ pun usha usha la apa kelayakan nak masuk situ. sah! sah! BJ tak layak, pasal rabun. BJ yang peliknya macam baru rasa yang BJ ni rabun, masa tu la. dengan tak pakai spek lagi masa tu, rasa mata sebelah kanan ok je, tapi sebelah kiri bapak teruk la rupanya weyyy. nangis tautak dapat tau rabun. tapi kalau dapat masuk situ memang makan tanggung berak cangkung aje la. tapi life dorang memang disiplin gila laaa (bukan jasad semata, kami membina minda! ewahewah, melebih pulak aku ni) takde makna nye nak bangun mandi pergi kelas pukul 7 ye kawan kawannn. 

sepanjang 2 tahun setengah dekat J Town tuu, BJ rasa boleh boleh la kot prestasi pelajaran BJ. tak la dekan pun, untuk maintain 3++ tu boleh la. J Town, bebudak ni sanggup bagi nama lain untuk sebut Jengka tautak! HAHA. Jengka sekarang macam mana? ada la kemajuan sikit walaupun perlahan sangat sangat nak membangun. sure budak Key Yell mengeluh gilaaaa bila dapat sini. YE, BJ tau BJ budak bandar jugak, tapi BJ menyekemakan diri disini dgn niat hanya utk belajar semata mata, (bhahahaha, ni statement geli la weyh).

apa lagi ek nak taip? banyak lapulak. nanti nanti la ye. dah ngantuk sangat ni, WASSALAM.

P/S: BJ suka pengawas tu, pangkal nama dia S.







Jumaat, 11 Mei 2012

: : REMAKE : :

peace be upon to you.

BJ memang betulbetul dahkena rasuk hantu jepun, hekhekhek. senarai mendownload dorama jepun BJ semakin panjang hohoh, apatah lagi bila BJ dapat tau semua drama yg shun oguri @ oguri shun tu berlakon(ini memang supergilaaaa!hahahahah)


pada pendapat BJ, drama jepun lagi bestlahh dari drama korea, sebab:


1)korea suka re-make balik manamana drama jepun yg best (tiru je)


2)bila dah remake, episod drama tu mesti jadi lagi SUPER panjangpanjang. contohnya kalau jepun cuma 21 episod, bila korea dah jd 50++,huhh






drama jepun yg mulamula BJ tengok: hanazakari no kimitachi e : hottie paradise
(kalau short form orangorang biasa sebut: hana kimi aje)
okeyyy,, drama ni, cerita pasal budak perempuan yg menyamar jadi lelaki semata mata nak masuk sekolah lelaki sebab mahu idola sukan kegemarannya(aisehh, oguri shun lagi, macam biasa, watak oguri yg ni pun memang watak mamat bajetbajet cool. tp BJ sukaa laaaa, ngehehe) yg dahhilang semangat selepas cedera utk kembali bersukan. cerita ni pun byk remake, ada remake taiwan dgn korea lagi tuu. yg terbaru drama ni di remake semula tahun 2011 (jepun la yg remake balik)

2007
(cuba cari mana satu mr. oguri shun, ngehehe)

2011
(semua watak asal telah diganti)


  
  2007: yg kanan sekali tuuu, mestilahh oguri!haha        2011: yg ni yg remake punya




lagi satu , BJ ada tgk drama detektif jepun. tajuknya TOKYO DOGS(published on 2009) (macam biasa, tgk sbb nak tgk oguri ni bawak watak detektif yg superpoyo, hohoho).dorama ni ada unsur serius tp lawak, sumpah lawak gilaaaa, hahahah. wajib tengok! dorama yg ni BJ bg dua jempol jugak!!teheee





 oguri shun sbg detektif takakura sou yg superpoyo! (tp BJ sukaaa! XD) 

Isnin, 16 April 2012

: : SIRI SUPERPANJANG! : :



Salam. hai!
hey BJ tengah cuti sem nih. oyeyeh! memandangkan cuti sem BJ akan di isi dgn sesuatu yg tarikhnya masih lagi unidentified, jadi BJ pun lepak je lah rumah (yippi!)
lagi satu, cuti sem kann,, lama kann,, ala cam takbiasa pulak. teheee. time ni la cari hobi baru minat baruuu ngahaahaa.

okey okeyyy, BJ sambung lagi. cuti kali ni BJ sebok menonton siri siri anime(biar betik BJ nih layan anime ==') yang sememangnye super panjang sirinya yang dulunya BJ tak berapa nak tengok sangat. contoh anime yang boleh diterima akal BJ nak layan adalah detective conan dgn sailor moon. yang siri siri lain tu nanti bila BJ ada masa nanti BJ followup lah ye, teheee


detective conan
siri anime ni BJ sukaaa tgk sbb idea menyiasat dan penjenayah yg melakukan jenayah adalah seni (tapi kadangkadang BJ rasa BJ boleh agak dari awal dah sapa penjenayahnya,, hekk!)





detective conan ni ada jugak live action dia, apanama ni dia punya dalam bentuk realiti lahh. live action pun ada yang series & ada yang movie. ni pun BJ tak habis tengok lagi hehehh



yang ni gandingan live action dgn anime. ni live-action versi baru. pelakon asal telah diganti.sebelum ni watak detective conan dilakonkan oleh shun oguri---> dia selalu pegang watak yg bajetbajet cool(halaaahhh, yg jd genji takiya dekat crows zero tuuuu)

yang kiri tu la dia shun oguri (kawaii!ngahahaa)
ni la detective conan live-action versi mulamula duluu




sailor moon
siri anime ni bila BJ tgk balik kan teringat masa zaman budakbudak kecik dulu. alaaa, dulukan ada main kat tv2 lepas dragon ball.
okey okeyyy, yg ni pun ada yg live action punya nama tajuk dia pretty guardian sailor moon(pgsm).







yg sailor moon ni ada hero dia, alaaa yg kalau datang mesti campakcampak bunga ros tuuuu. dia ni mesti datang bila sailor moon tu dah xde kuasa nak melawan. nama pun hero kannn, mesti kena datang tolong ngehee. BJ rasa macam nak hambek je buku tulis garis tiga tu pastu naklukis je tuxedo mask nihh. tp layout blog ni pun dah mcm buku kannn,, hehehhh








watakwatak dalam sailor moon ni byk menggunakan aliases. contoh nya tuxedo mask nih (kaji lebih ni pasal watak ni, watakwatak lain pun ada aliases jgk, tehee).real life nama dia mamoru chiba (dalam alihsuara bahasa inggeris jadi darien sheilds). nama past life dia prince endymion.






berikut adalah ost sailor moon. ini adalah version yg dimainkan di malaysia & indonesia :




moonlight densetsu


maafku tak berterus terang
bukan ku tak mempercayaimu
namun sebelumku berganti rupa
ingin ku menemuimu
ku kan bermandi cahaya bulan
yang cemerlang di malam yang cerah
memang telah lama ku rasakan
ingin menolong yang lemah
tiba tiba keajaiban terjadi
kekuatan muncul di diri
untuk melawan semua kejahatan
kekuatanku harus digunakan
menegakkan segala kebenaran
ini keajaiban alam
aku mempercayainya
ini keajaiban alam 



Sabtu, 21 Januari 2012

: : IKHTIAR : :

Salam.

lama tak menaip blog nih. malas nak pikir nak taip apa. huehuehue. seperti biasa, BJ masih lagi kemaruk dgn lagu AƒGAN.ngehe. sekarang ni tengah cuti CNY, 4 hari. BJ masih dekat u dan tak balik sebab tiket habis, naik cuti test berATUR dan assignment berTERABUR huwawawawawa. selamat menjalani hari cuti dengan gembira breuu. Jtown sunyisepi dengan kepulangan studentstudent ke rumah masingmasing. sumpah syahdu jaaa, hek! 


p/s: nak rasa pergi pasar malam yang tak berapa nak pasar harinih (NO foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!) (=

Selasa, 25 Oktober 2011

: : CINTA SAMPAI LEBAM : :


Salam.


apa cinta sampai lebam ni? cinta sampai benci



pada pendapat BJ, cinta sampai LEBAM ni kan mcm sesuai la untuk org yg tgh kemaruk sangatsangat kat sesatu menda tu. contohnya macam dia suka kat bunga tu pastu dia pegangpegang usapusap sampai layu lah. ataupun macam dia suka kat sesatu lagu tuh pastu dia asyik repeatrepatrepeat sampai kembung bateri ipod dia tuh
(heheh,mcm BJ yg tgh kemaruk laguLAGU AƒGANAƒGANAƒGANAƒGAN =P).




cinta sampai BENCI ni pulak BJ rasa macam kita letak fully effort kat satu perkara tu tapi benda yang kita bubuh effort penuh tu lah yang langsung tak jadi apaapa(benci tau BJ mendemende ni,huh).kalau duatiga kali tak apalah, ni sampai tahap infiniti.hoh. penat ohh. bosan dgn perkara yang sama berulangulangulang dan ulang lagi,tu yg jadi sampai benci. mungkin jugak terlalu banyak tekanan contohnye asyikasyik kena psikooo je,mane tahan doh. mulamula suka sangat kat benda tuh lamalama sampai naik mual! puihh! hak tuihh! mula la ni nak mencarut macammacam.HAHAHAH. biasanya dikaitkan dengan passion & minat terhadap sesuatu kerjaan@yg dicintai. ini disebabkan _____ yg semakin pudar kerana persekitaran. hilang semangat. takmau ada apaapa kaitan lagi dgn _________ tuh.syuhhsyuhh! pergi la woi terbang jauhjauh. semuanya nmpk yg burukburuk aje. mcm tu la kot mungkin sumpahseranah yg biasanya disembur




masam ke manis ni?
BJ rasa BJ dah betul dgn pilihan BJ tuh.family pun sokong&restu. mcm secocoksepadan je. kira mcm masa depan tu terjamin la kalau terus stick together dgn ____________(konon!). BJ cuba la letak cinta yg tak pernah pudar(eceh!) tapi tak lama pun bertahan. takmau lagi jumpajumpa. nak elak jugak walau dgn berjuta alasan.(harapharap ono kelassore ambern dhino.amin). 




p/s: BJ sangatsangatsangatsangat tak puas hati dgn orgorg yg mengaitkan keseirasan AƒGAN dgn mgIItak sama dehh.taksamataksamataksama! tolonglatolonglatolongla ckp tak sama. AƒGAN ada superdupest cute dimples okeyyy.














siapa sih bilangin org pake kacamata kelihatan nerd? gue kacak kok.(hek!ahahahaha,BJ BJ.. dah hilang akalwaras nampaknye)




BJ rasa mesti AƒGANisme rindu afgan yang dulu kan?




Khamis, 20 Oktober 2011

: : Aƒg : :

Salam.


BJ dah lama tak menconteng blog nih. entah,malas.lagi satu BJ baru je habis final exam(ni tengah cuti sem la).ptff,pastu kena pergi kursus masakan.best la pulak. belajar skillskill memasak dari orangorang veteren nih.ngeh.hahaha.asyikasyik,masakmasak makanmakanmakan dan makan.sumpah macam kena pam.hahah.


Aƒg? apasal bukan ABC ke? pelik la BJ ni. lantak laa.tertewas jugak BJ pada bakat dan pesona mamat indon sorang ni --> AFGAN (hek!sorang je okeyyyy)duludulu memang tak kisah langsung.tak amek tau langsung.BJ tak layan langsung lagulagu indon.tapi tau la beliau ni top pasal lagu terima kasih cinta || entah tu.alkisah macamnih, pada suatu hari BJ bosanbosan mengeksplore lagu indie.tapi tak jumpa produkproduk lagu baru dorang(kenapa ek?indie mcm semakin sunyi je).
BJ pun terklik lah vc kat youtube si AFGAN : PANAH ASMARA (vc paling latest).hek! suka la pulak!adoilaa.BJ memang kena bahan dgn adik BJ berbakulbakul lahh.terima aje laa weh.hohoh






biografi AƒGAN
--> nama diberi AFGAN SYAHREZA (27 Mei 1989)
    (twitter@afgansyah_reza, mestilah BJ follow!)
--> berhenti drpd belajar di Universitas Indonesia(2008)
    (kira setaraf dgn Universiti Malaya laa, 
     cerdik bolehtahan nih)
    masalah: tak dpt imbang waktu belajar&karier + karier baru  
             nak mula
--> kini mahasiswa di Monash University (2011), M'sia
--> ulangalik pergi kuliah naikflight(SOETHO <----> KLIA)
    (selamba gilaaa,entah berapa ratus kali ulangalik dohh)
--> kelab peminat Afgan dikenali sbg AƒGANisme
--> si pemalu(masa dulu laa).pernah dimasukkan ke hospital kerana 
    masalah takut berhadapan dgn orang ramai
    (BJ pun takut ohh,samala kita.hek!)
--> bakal membuat persembahan diupacara pembukaan & penutupan 
    sukan SEA2011(11&25 Nov 2011)
      


PESONA AƒGAN

DULUDULU(3TAHUNLEPASKOT) 

   





SEKARANG(2011)






p/s: si lesungpipit ini semakingendut ohh(amboi BJ,mengata org pulak).tapi dlm proses mengdietkan diri.takpetakpe, kita tgk hasilnya mcmmana.you make me curious loh =)(lagihensem agknye ye).hek!



Ahad, 10 Julai 2011

: : BOOTH : :

Salam.


oyehhh. minggu ini BJ sangat penat. ADA event di u BJ pada 7,8,9 Julai sempena Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan dan Hari Mengenang Tokoh Negarawan. PM pun mai turun sini. start pada hari pertama dengan menyambut ketibaan dan pulang PM dan para VIP. pastu hari hari yang berikutnya dipenuhi dengan program terbitan RTM. time petang tu BJ release tension setelah seharian penat, BJ pun round round booth yang ada. rasanya booth RTM kot yang best sebab ada uji bakat pengacara dan pembaca berita selain dorang promot saluran terbaru dorang, tv i.


hari NI semua booth telah dileraikan. syahdu je BJ rasa. lepas ni tak taulah bila lagi nak ada event yg besar cengginih. minggu depan cuti midsem. tiket hari jumaat dah habisss. BJ tak prepare apa apa pun lagi even tiket bas.so paham paham jelaaa.