Rabu, 17 Julai 2013

: : YANG MANA SATU : :

Assalamualaikum. Salam ramadhan. alhamdulillah, hari yang ke-8.

kebanyakan orang termasuk le BJ mesti rasa terbeban dan resah gelisah apabilaaaa laptop crash. arghhhhh gerammmmnyeeee, sakit pulak hati kita, betul tak? ah, mesti punya. ahe he he.nak menyumpah je rasa, padahal diri sendiri yang takgheti pasal nak maintenance laptop sendiri sebenarnye.

pengguna Windows lah yang kebiasaan dan kerap kali mengalami laptop crash. sebab musabab utama adalah diserang virus. bagi yang noob macam BJ ni, terhegeh hegeh lah nak cari sapa yg boleh install kan balik Windows ni.

malas asyik nak format laptop je, BJ pun guna la yang open source operating system software, hek hek. merajuk la dengan windows. BJ pun install le UBUNTU. ia adalah percuma. boleh download terus dari laman web ubuntu. don't worry. selain grafik nye yang lebih bagus daripada windows, ia dikatakan bebas daripada virus. bukan la kebal, tapi susah diserang virus.[klik sini untuk sumber].

tetapi pengguna open source ni kena la rajin belajar sendiri nak guna ubuntu ni. sumber boleh didapati dari forum ubuntu atau mana mana sumber yang sahih le (kengkawan yang dah expert guna ke). lagi banyak mendalami selok belok sistem ni, lagi tahu la trick dan mahir tentang memnggunakan sistem ini.

jadi bagi BJ yang memang noob lagi new beginner, selalu kena rajin explore la. tak rugi. kita ada pengalaman guna operating system yang berbeza beza(orang orang pakar komputer sebut OS aje). takkan asyik nak guna windows je. tak berkembang langsung (amboi, kemain BJ ni, ajet ajet bagus pulek, hnff hnff). tak bosan ke? he ho.

UNTUK NOOBIES SAHAJA. yang dah expert diam diam okeyhh.

meh jengah sikit interface dekstop ubuntu BJ




kalau windows new tab dia ada kat bawah, kecik kecik kan? kalau ubuntu dia jadi cam kat gambo bawah ni, workspace switcher namanya. kalau sapa pernah pakai OS MAC lebih kurang camni kot.



tengok BJ update blog guna ubuntu,tadaaaaaa( ceh! macam dia sorang je yang guna, NOOB!)











3 ulasan:

  1. wah keren sekali postingannya (y)

    BalasPadam
  2. mane bez ubuntu ngan linux? laptop ni pon ade stiker ubuntu.. tapi skadar stiker je la. hahhaa, sbb beli yg free DOS nye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. linux tu ubuntu le. linux ni ada banyak jenis, selain ubuntu ada linux mint, backtrack, fedora. rasanya ubuntu yang best. 2nd choice, linux mint.

      Padam